~~Hanya RM4 kadar postage dan RM39 untuk Minyak Kelapa Dara keluaran Catalyst!!tempahlah VCO anda sekarang!!
Showing posts with label Stop Smoking. Show all posts
Showing posts with label Stop Smoking. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

husband stop smoking~isteri ber'mulut masin'!

salam semua..topik hari ni pasal mulut masin ye..tiba2 plak rase nak keluarkan topik ni pasal dah terkena hari ni..
malam tadi balik BK jap psl nak jemput mak mertua ke seremban..
so gerak ke seremban balik kol 6.30 pagi tadi..
sebelum tu bgn pkul 6a.m..mandi n kjutkan 'Tungku Azry' tersayang..ahhaa..
tgk je beliau mcm malas nak bangun, aku pun ckpla..
"karang smpi s'ban kol 8.30 ni krg..cayela cakap syg"..trus dia bangun n pegi mandi..
plan nak gerak kol 7 tapi diawalkan ke 6.30..
tgh2 jalan si Akim plak ckp nk muntah..
pastu xtahan nak terberak..
pastu nak muntah balik..
huhuhuhu...
berentila kejap kat stesen minyak yg ada..
bayangkan kalau pkol 7 gerak tadi..
dgn lori bersusun kat Bukit Putus tu...
uiiiii...xdpt nk gmbrkan kol bapela dpt smpi kat opis ni..

rase nk je ckp kat beliau cmni "ha, btul x org ckp td"..
tp x smpi hati..ckp jela sorg2 dlm hati..

lg 1 psl asap rokok..
haiiii pak mertua..masuk kete trus psg rokok..
pas sebatang..sebatang lg..
aku agk lemas..
dgn duduk berhimpit kat belakang n tmbah dgn asap rokok..
aku agak x setujula dgn cara beliau mendedahkan asap rokok pada kanak2..
sbb mase tu beliau kena memangku Adam..
patutla Adam merengek nk duduk belakang..

pasal rokok ni la hidung Ayie selalu berair n gatal..
stop merokok, gatal n air gatal tu hilang!
ingatkan beliau ada resdung..
rupa2nya pasal asap rokok..
dulu aku pernah bagitahu beliau..
time tu beliau sedang mengalami kegatalan teruk n time tu beliau sedang smoking..
"asap rokok tu yg buat hidung abg gatal"
beliau x percaya..
xsangka plak btul...

sebagai org yg x merokok, mungkin senang bg kita utk meminta perokok BERHENTI merokok..
tp bagi perokok, ia adalah sesuatu yg amat sukar..
mcm2 perkara yg akan difikirkan jika mereka berhenti..
cntohnya akan mengalami kegemukan, kurang 'power' , pening n cepat marah..

kepada anda yg merokok..TIDAK MUSTAHIL anda akan BERHENTI daripada terus menghisap asap beracun setiap hari..
yg penting NIAT dan hati yang kuat..

dan kepada ISTERI perokok, teruskan usaha anda membantu suami anda untuk berhenti merokok..
usaha anda pasti akan membuahkan hasil..hanya perlu SABAR..












Monday, November 21, 2011

husband stop smoking ~pleasela!

hari ni aku tulis blog ngan pale serabut..
serabut ngan keje..
pastu lg serabut bila t'dengar perbualan Ayie dgn seseorang ..

Ayie : Ayie memang rase badan ayie naik lpas berenti rokok ni..
Seseorang : #$@!%&*!

*percakapan seseorang itu x dapat di keluarkan atas sebab2 yg x dpt dielakkan*

tapi perkataan2 itu adalah sesuatu yg negatif..
yang lgsung x menunjukkan tanda2 sokongan t'hadap perubahan yg sedang dilakukan oleh Ayie

haaaaaahhhh!!!!
sesak nafas aku..bengang!!

BOLEH X bagi sokongan bila seseorang tu nak berubah ke arah yg lebih baik?
apa..kalau dia xnak berubah, janganla nak mematahkan semangat orang yg nak berubah

aku x boleh menyesal dgn apa yang aku hadapi sekarang.
ini kan yg aku nak.
so Raodah, usahla kau hiraukan orang2 yg hndak mematahkan semangat kau tuk membantu suamimu menghadapi cabaran besar dlm hidupnya ini.



Saturday, November 19, 2011

husband stop smoking ~ kuatnya nafsu makan!

seperti kata2 yg biasa kita dengar, setiap perkara baik yang ingin kita lakukan, pasti ada halangan dan rintangannya. aku dah banyak mendengar tentang kegemukan selepas berhenti merokok. husband aku pun cakap perkara yang sama. sebab apa? sebab bila kita tidak merokok, lidah dapat merasakan kesedapan makanan itu dengan sempurna. maka keinginan untuk makan n makan lagi selalu memuncak.

baru seminggu, aku dah nampak perut husbandku makin naik..
macam mana aku nak buat ni........
bape banyak yg aku masak, bnyk tu la yg habis..
lepas makan stat ambik gula2..
aku betul2 risau..
ape yg aku boleh buat sekarang, kurangkan kuantiti makanan..
tapikan, seminggu ni husband aku keje shift pagi..
bertambah2 rajin plak beliau nak masak..
selalu tu balik keje je terus baring depan tv..
sekarang cakap je aku nak masak apa, 
aku balik kerja nanti dah tersedia bahan2..
seronok tapi..........
camna nak kurangkan selera makan beliau...

ini dah nak masuk minggu ketiga beliau x merokok..
harap ada perkembangan yang bagus untuk minggu2 seterusnya..
maybe aku kena ajak beliau eksesais...
hmmmm...

pada anda semua yang nak stop smoking,
bulatkan tekad anda!
sememangnya kesusahan dalam melakukan sesuatu akan membawa kejayaan yg sangat manis untuk dikenang..
tabahkan hati..mohonlah pada Yang Maha Berkuasa..
sesungguhnya Dialah Yang lebih berkuasa atas sesuatu.