seperti kata2 yg biasa kita dengar, setiap perkara baik yang ingin kita lakukan, pasti ada halangan dan rintangannya. aku dah banyak mendengar tentang kegemukan selepas berhenti merokok. husband aku pun cakap perkara yang sama. sebab apa? sebab bila kita tidak merokok, lidah dapat merasakan kesedapan makanan itu dengan sempurna. maka keinginan untuk makan n makan lagi selalu memuncak.
baru seminggu, aku dah nampak perut husbandku makin naik..
macam mana aku nak buat ni........
bape banyak yg aku masak, bnyk tu la yg habis..
lepas makan stat ambik gula2..
aku betul2 risau..
ape yg aku boleh buat sekarang, kurangkan kuantiti makanan..
tapikan, seminggu ni husband aku keje shift pagi..
bertambah2 rajin plak beliau nak masak..
selalu tu balik keje je terus baring depan tv..
sekarang cakap je aku nak masak apa,
aku balik kerja nanti dah tersedia bahan2..
seronok tapi..........
camna nak kurangkan selera makan beliau...
ini dah nak masuk minggu ketiga beliau x merokok..
harap ada perkembangan yang bagus untuk minggu2 seterusnya..
maybe aku kena ajak beliau eksesais...
hmmmm...
pada anda semua yang nak stop smoking,
bulatkan tekad anda!
sememangnya kesusahan dalam melakukan sesuatu akan membawa kejayaan yg sangat manis untuk dikenang..
tabahkan hati..mohonlah pada Yang Maha Berkuasa..
sesungguhnya Dialah Yang lebih berkuasa atas sesuatu.
No comments:
Post a Comment