~~Hanya RM4 kadar postage dan RM39 untuk Minyak Kelapa Dara keluaran Catalyst!!tempahlah VCO anda sekarang!!

Thursday, October 13, 2011

Bndr seri sendayan - PD - Genting - Subang - Nilai (Part 2)


sambungan Part 1..
perjalanan ke PD melalui highway PLUS hanya mengambil masa x sampai setengah jam. kami terus ke rumah Mak Teh (mak saudara Ayie). actually Ayie suka nak singgah rumah saudara mara bila sampai di suatu tempat. bagus juga. boleh mengeratkan silaturrahim..

kami sampai di rumah Mak Teh. suasana sunyi dan suram. sesekali kedengaran seperti orang bersembang di dalam rumah. Ayie memberi salam tapi tiada jawapan. setelah salam ke-4 kali di beri, barulah muncul seorang lelaki (menantu Mak Teh) membuka pintu. wajahnya seperti sedih akan sesuatu. kami memang x tahu apa2 sehingga kami masuk ke dalam rumah. rupa2nya isterinya (anak Mak Teh) sedang dirasuk. bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berkumandang di bilik. ketika itu semua orang sedang menangis. air mata mengalir laju membasahi pipi Mak Teh dan Pak Teh melihat keadaan anak mereka. dari cerita Mak Teh, ada orang dengki dengan mereka sekeluarga sehingga tergamak menghantar sihir ke rumah mereka. menurut ustaz yang mereka panggil, ustaz tersebut telah menemui tulang babi yang dibungkus dengan kain kuning tertanam berhampiran rumah itu. Juga ustaz tersebut menemui jarum yang telah disihir berada dirumah tersebut. Ya Allah, apa nak jadi..

aku hanya mampu berdoa ketika anak Mak Teh sedang meronta-ronta mahu melepaskan diri. Ayie turut membantu memegangnya. Tangisan Mak Teh dan Pak Teh sayup kedengaran di dalam bilik. Pak Teh berusaha memulihkannya dengan membacakan pelbagai ayat dan dengan hirisan limau. aku...hanya duduk di luar. aku rasa aku tak kuat walaupun untuk melihat keadaan seperti itu. apatah lagi untuk menolong.

keadaan semakin tegang. Mak Teh mengambil keputusan untuk menelefon ustaz tersebut. lalu ustaz tersebut membisikkan sesuatu ke telinga anak Mak Teh. tidak lama kemudian rasukannya reda. aku yang berada di luar bilik itu betul2 rasa takut. apatah lagi bila membayangkan syaitan yang merasuk ke dalam badannya itu. sehingga membuatkan 4 orang tidak terpegang tubuhnya. alangkah busuk dan jahat manusia yang menghantar sihir itu. aku terus menyumpah di dalam hati. semoga Allah menolong keluarga Mak Teh dan memberikan hidayah kepada insan yang melakukannya.

bila keadaan reda, Mak Teh dan Pak Teh duduk bersama kami di ruang tamu. mereka bercerita kisah sedih mereka itu. rupa-rupanya sudah hampir 2 minggu mereka berkeadaan begitu. aku...hanya melopong. aku betul2 x sangka. di zaman moden ini masih ada orang yg mengamalkan ajaran sesat dan bertuhankan syaitan. apakah yg dia kejar? apa yg dia dapat daripada apa yg dia buat? puas hati melihat penderitaan insan lain? Ayie memohon diri untuk keluar mengambil angin..sambil ditemani menantu Mak Teh yg tentu ada lagi cerita yg hendak diceritakan..

jam hampir menunjukkan pukul 5 petang. kami memohon diri untuk ke lokasi seterusnya. hanya doa yang ku panjatkan agar Mak Teh sekeluarga tabah menghadapi dugaan besar ini. dalam kereta, sudah tentu tiada cerita lain yg kami ceritakan melainkan cerita tadi. Ayie memberitahuku menantu Mak Teh memberitahunya bahawa jin yg merasuk ke dalam badan iserinya adalah jin kafir. mungkin dari siam. orang kata bomoh siam ni handal2 belaka. sehandal manapun mereka, tidak akan mampu melawan kuasa Yg Maha Esa. kehidupan dunia adalah ujian buat manusia dan Allah berkuasa menjadikan sesuatu itu jahat atau baik..ingatan buat diri sendiri..





No comments:

Post a Comment