~~Hanya RM4 kadar postage dan RM39 untuk Minyak Kelapa Dara keluaran Catalyst!!tempahlah VCO anda sekarang!!

Monday, November 28, 2011

Bndr seri sendayan - PD - Genting - Subang - Nilai (Part 3)

kami tinggalkan semua persoalan tanpa ada jawapan. yg pasti Allah tahu jawapannya. kami meneruskan perjalanan ke Blue Lagoon PD. tempat di mana kami akan menghabiskan masa petang bersantai di tepi pantai. cuaca redup mengundang rasa tenang di hati kami. ku lihat semua kawan2 Ayie happy bermain air laut padahal air jauh di tengah laut. itupun hanya separas lutut. aku sedikit hampa kerana tidak dapat membasahkan kakiku di gigi pantai. lagipun tika itu aku memakai baju kurung.
Blue Lagoon
aktiviti pantai~18SX~~

tanam2..
Sementara mereka bermain air, kami yg ada di tepi pantai menyiapkan tempat untuk berbarque. wahhh..bestnya..walaupun lokasi yg kami pilih untuk berberque agak tidak strategik (belakang toilet), kami tetap selesa kerana toilet itu bersih dari segala pencemaran bau. 
sedia utk bakor! 
menung ape tu..hehe..

senja berlabuh
bara api sudah siap. walaupun mengambil masa yg agak lama untuk menyalakannya. almaklumlah, masa itu tiada yg pakar dalam hal menghidupkan bara barbeque. semerbak harum bau ayam percik menusuk hidung..perut aku mula berkeroncong. selain ayam percik, ada juga sosej ayam dan ketam. semua dibakar untuk santapan malam.
sedapnye bau..lapooo

malam menjelma

sambil membakar, kami menghirup udara malam yg segar. lagipun kawasan itu tidak ramai pengunjung seperti kawasan PD yg lain. dan ia amat sesuai untuk kami semua berkelah dan melupakan seketika bebanan yg ada di kepala. Aku lihat rakan2 Ayie seperti tidak jemu bermain air. menjelang maghrib, air mulai pasang dan mereka tidak lagi perlu ke tengah laut. kebanyakan mereka masih bujang. mereka tidak segan silu tertawa terbahak-bahak sekaligus memecahkan kesunyian malam. aku hanya tersenyum melihat mereka. biarkan mereka dengan dunia mereka. mungkin ini sajalah caranya untuk mereka melupakan segala kesedihan, kepenatan yang mereka rasai. 

 hmmm..ayam yg dibakar sdhpun masak. dan ada di hadapanku. aku bersantap seorang sementelahan Ayie masih menunjukkan kerajinannya menolong membakar ayam. kekurangan pada tika itu, kami membakar dan makan ayam di dalam cahaya samar.

mungkin mereka terlupa membawa lilin atau lampu cas. walaupun dalam kesamaran, suasana tetap meriah. bosan kerana tiada teman bicara, aku mula menghantar SMS kepda sahabatku Jana. tiba2 aku teringatkan dia dan teringat akan reunion GFK di PD sebelum aku berumahtangga. alangkah seronok tika itu. kalaulah GFK ada tika ini, pasti aku tidak rasa sunyi..

terasa malam berlalu begitu cepat. akhirnya aku meringankan tanganku utk menolong Ayie membakar ayam sehingga selesai. semua rakan-rakan sudahpun keletihan dan mereka terus ke tandas untuk menukar pakaian. nampaknya ayam dan sosej bakar seperti tidak akan dijamah oleh mereka kerana mereka sibuk bersiap untuk pulang. aroma perapan ayam begitu menyelerakan. tetapi aroma itu tidak mampu membangkitkan selera  mereka yang kepenatan.

lpas bakar membakar..menten snyum..
selesai bersiap, kami berkumpul untuk pulang. deruman enjin EX 5 memecah keheningan malam di Blue Lagoon. mungkin deruman ini akan kembali suatu ketika nanti. kami bergerak secara konvoi. lebih 5 buah motosikal dan 3 buah kereta sudah cukup menggamatkan suasana. kami yang menaiki kereta memberi laluan kepada yang bermotosikal untuk berjalan di hadapan sementara kami mengekori di belakang.

kami melalui higway supaya cepat sampai ke rumah. dalam perjalanan, Ayie smpt mengajak kwn2nya singgah ke rumah. rest n minum smbil buat bising di malam hari..ehhee..
smpi saja di rumah, kami ingat mereka x jadi nak singgah..tp tiba2 terdengar deruman motosikal Jaguh. kelam-kabut Ayie menyuruh aku mengemas ape yg patot. semua pki cmpak je ke dalam bilik.

muka semua keletihan.mata merah.semuanya mengharapkan dapat balik ke rumah secepat mungkin dan terus meletakkan kepala di bantal..huhhhh..konvoi ke PD terlaksana dgn jayanya.thanks to semua!

bersambung...




No comments:

Post a Comment